expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 16, 2011

012 Kisah asam keping,garam dan tawas

Asam keping
Entri kali ini bukan pasal resepi atau kelas masakan.
Tapi masih lagi pasal perigi yang digali di belakang rumah yang sedang dibina.
Dalam entri sebelum ini KM7 dah maklumkan yang perigi tu 
telah berjaya dibina.
Habis tu apa kaitan asam keping,garam dan tawas ni?

Garam
Haa...bahan-bahan ni semua dimasukkan ke dalam perigi
yang baru dibina.
Mengikut petua orang tua...tujuannya supaya
air perigi tersebut jernih dan tidak berbau.

Tawas
Kuantiti bahan-bahan yang perlu dimasukkan tidak diketahui dengan jelas,
Masukkan mengikut kesesuaian dan keperluan.
Mungkin lain tempat,lain pula petuanya.

Bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam telaga
Upacara ini telah dilakukan oleh ayah KM7 sendiri.
Semoga usaha yang dilakukan ini memberikan hasil yang diharapkan
dengan keizinanNya.

3 comments:

  1. sama la...KM7 pun tak biasa juga dengan petua tu.hehe

    ReplyDelete
  2. tawas tu memang utk menjernihkan air..garam dgn asam tu tak tahu le apa fungsi dia..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.