Gambar hiasan:Google |
Penggunaan tisu dalam kalangan masyarakat kita sudah menjadi kebiasaan.Pelbagai jenis tisu dengan bermacam-macam jenama terdapat di pasaran.Persoalannya kenapa anda membeli tisu dari jenama tertentu sahaja?
KM7 berpendapat mungkin disebabkan faktor harga mahupun kualiti tisu tersebut.Tapi satu perkara yang mungkin jarang diperkatakan ialah tentang kotak atau pembungkusan tisu tersebut.Sebenarnya kotak tisu juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pembeli supaya membeli tisu berkenaan.
Akhir-akhir ini terdapat banyak kotak tisu yang memaparkan pelbagai gambar menarik.Ada yang berupa pemandangan,bunga-bungaan,binatang peliharaan dan siri kartun TV.Tak kurang hebat juga kotak-kotak tisu edisi khas sempena sesuatu perayaan.Mungkinkah akan muncul hobi mengumpul kotak tisu ni?KM7 rasa bagus juga hobi ni...nak cuba jugalah..
Tisu kotak |
Tengok kat sebelah tu...Tisu kotak yang KM7 beli.Cantik tak?Sebenarnya tisu tu dibeli bukan sebab untuk digunakan,tapi sebab tertarik dengan gambar pada kotaknya.Maklumlah gambar kartun tersebut ada di sekeliling kotaknya.Kalau nak simpan pun kira ok juga kan!
Sebenarnya KM7 baru jer terfikir nak menyimpan tisu kotak tu....entahkan jadi entahkan tidak.Maklumlah belum apa-apa dah dijadikan mainan oleh anak-anak...Hmmm nampak gayanya kalau betul-betul nak simpan ni...kena simpan elok-elok.silap haribulan,isteri ambil buat mengelap dapur.Haha...
Kreatif lagi kalau kotak tisu tersebut terpampang gambar dan nama blog sendiri.....dengan kata lain...kotak tisu yang boleh mempromosikan blog kita sendiri.....amacam ada berani nak membuatnya?
sayang nak buang kalo kotak tisu lawa sangat..heee
ReplyDeleteMemang banyak kotal tisu yang cantik2 gambarnya..ok jugak buat koleksi..dua tiga hari ni banyak guna tisu..selsema!
ReplyDeleteBetul tu..kotak2 yg cantik ni elok disimpan.Tapi kat mana yer...hehe
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletennt imdad wt kreta jek
kotak2 tu ckgu, :)
Salam;
ReplyDeleteKita ni masing2 dengan minat tersendiri..aku dulu minat baca dan kumpul majalah cila2.sekarang tak ada lagi sbb syarikat majalah tu dah tutup..