expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 15, 2011

Kenapa kerjaya guru sering dipersoalkan?

Sumber kartun:Harian Metro 15/11/2011
Sehari dua ni kalau belek-belek suratkhabar,banyaklah dipaparkan pasal guru kerja sembilan jam bermula tahun depan.Biarpun perkara ini masih di peringkat percubaan di 4 buah negeri sahaja,namun maklumbalas daripada pelbagai pihak begitu memberangsangkan.

Banyak pendapat sama ada pro dan kontra dilontarkan.Baguslah ada percambahan minda.Sekurang-kurangnya boleh diambil perhatian oleh pihak terbabit.Secara peribadi KM7 rasa penetapan masa kerja guru 9 jam sehari ni tak mendatangkan masalah...kerana sebelum ini pun guru bekerja lebih daripada 9 jam sehari tapi masyarakat umum tidak nampak.Mereka lebih nampak kerja guru ni banyak cuti...Padahal masa cuti guru dipenuhi dengan kelas-kelas tambahan dan segala bentuk kem untuk kecemerlangan pelajar..Jadi dengan penetapan masa 9 jam ni diharapkan kerjaya lain tidak cemburu lagi dengan guru.

Bagaimanapun,untuk lebih adil...guru-guru tak payahlah  membawa balik segala bentuk kerja sekolah ke rumah.Macam kerja pejabat yang lain.habis jer waktu pejabat, segala urusan berkaitan yang belum selesai...sambung esok pula.Hujung minggu pula tak payah libatkan guru dalam apa-apa yang berkaitan dengan kurikulum mahupun kokurikulum.Lawatan pelajar ataupun sebarang pertandingan kokurikulum perlu dibuat dalam waktu 9 jam sehari bekerja tu saja..Kesian betul menjadi guru penasihat atau guru pengiring yang membawa pelajar ke mana-mana pertandingan di luar daerah yang melibatkan beberapa hari terpaksa meninggalkan keluarga sendiri.Boleh ker buat semua  macam tu?Kalau tengok situasi sekarang....agak mustahil...

Berita Harian:15/11/2011
Hanya guru dan mereka yang faham profesion ini saja yang tahu kedudukan sebenar.Semua kerjaya ada tekanan kerja tersendiri.Perkara ini elok ditangani dengan berhemah agar guru dapat mendidik anak bangsa dengan sepenuh jiwa raga...dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga....atau sekadar melaksanakan tanggungjawab dengan ala kadar.

8 comments:

  1. Start minggu depan saya kena ngajar program masa cuti pelajar yang akan naik ting 5 tahun depan..8 pagi-1 tghri 4 hari berturut2.

    ReplyDelete
  2. Hmm...kan cuti2 pun kena kerja.Segala pengurusan utk tahun depan kena selesaikan dlm cuti ni juga..Rasanya tak payahlah buat cuti hujung tahun kan...kerja jer sepanjang thn..

    ReplyDelete
  3. Itulah cabaran kerjaya seorang guru di zaman alaf baru ini..

    ReplyDelete
  4. sebagai seorang guru, abang saya sangat berdedikasi. kesatuan guru kuat, tu yang femes! :-)

    ReplyDelete
  5. kerajaan makin lama makin peliklh. Apa dah jadi ni?

    ReplyDelete
  6. betul jugak..kalau guru dah kena kerja 9jam, sabtu ahad takleh la buat aktiviti dah..guru pun manusia..perlu kan rehat :)

    ReplyDelete
  7. berkorban sedikit demi anak bangsa..
    mungkin ganjaran di dunia tidak nampak
    tapi jika ikhlas insyaallah Allah membantu :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.