expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 15, 2012

Cerita pasal Anak

 Salam semua.Lama juga KM7 menyepikan diri daripada
membuat entri baru.Entahlah akhir-akhir ni rasa macam sibuk jer.
Tak tahu pula sibuk ke mana nya.hehe.
Kali ni nak cerita pasal buah hati KM7 yang 3 orang tu.
Dari kiri :Ardini,Sadiq dan Imdad.



 Ardini ni kalau tengok  mesin patung bergerak tu mula la tak senang duduk.
Mesti nak naik benda tu,tak kiralah di mana sahaja.
Imdad pula tak minat benda-benda ni semua.
Yang dia minat...kereta jer.Berilah apa-apa mainan pasal kereta mesti dia suka.

 Alahai...bergayalah pula.
Bukan senang nak suruh Imdad ni bergambar.
Kalau bergambar pun...mesti buat muka macam-macam.

 KM7 suka tengok gambar Ardini dalam foto ni.
Siap tongkat dagu lagi tu.hehe

 Yang ni..KM7 suka gambar Sadiq.
Siap bagi senyuman manis lagi tu.

 Kalau pasal tidur...
Ardini suka tidur lewat.Biasanya selepas pukul 12 baru nak tidur.
Akhir-akhir ni sering tidur selepas pukul satu pagi.
temankan adiknya Sadiq yang tidur lewat juga.
Maklumlah kedua-duanya asyik tertidur sebelah petang.
Maka malamnya berjagalah....kesian KM7 nak tunggu mereka tidur ni..

Haa ni gaya 2 hero KM7 tidur.
Ok selamat malam semua!

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.