Main tarik-tarik apa tu bang?Ooo..tarik teh yer...Dengan kata lain,tengah buat teh tariklah tu.Orang kita memang suka minum teh tarik.Lagi sedap kalau ada roti canai pula...hmm ada yang lapar ni.Berbalik kepada gambar tu,abang kita ni sedang buat teh tarik untuk pelanggannya.Kenapa saya suka tengok abang ni buat teh tarik?
Sebabnya pelbagai aksi ditunjukkan semasa menarik tehnya ni.Dalam gambar-gambar di sini tak nampak sangat gaya tariknya tu.Lainlah kalau dirakam dalam bentuk video.Aksi ni dirakam semasa saya mengunjungi Pesta Thai di Kota Bharu baru-baru ini.
Tarik tinggi-tinggi...tengok banner kat belakang tu.MALAYU TEA TREK & ROTI.
Mulanya saya ingatkan menu apalah kan..Rupa-rupanya pasal teh tarik
dan roti.Menu dari Pattani Thailand ni.
Kakak ni pula sedang membuat roti apa namanya entah...tapi diletakkan perisa coklat.
Haaaa..dah siap pun.Dalam gelas tu..... teh tarik ais yang berharga RM4,
Roti yang digulung tu juga berharga RM4.Rasa kedua-duanya...sedap!
Lebih sedap kalau dimakan semasa lapar.Ok...selamat menjamu selera.
wwahh .. menu baru nihh .. sedap2
ReplyDeletebukan teh tarik tu tapi teh trek!!..hehehehe
ReplyDeletememang sengaja mamat tu letak iklan macam tu ker..