Entri kali ini saya akan memperkenalkan sejenis alat muzik yang dikenali sebagai rebana ubi.Gambar kat atas tu la rebana ubi.Walaupun namanya rebana ubi....ubi ni tak boleh dimakan tau!Kalau ada masa dan peluang, saya teringin juga nak tahu asal - usul dapat nama ni.Begitu juga dengan proses pembuatan alat muzik tradisional ni.Tapi kat mana yer?
Takpelah...nanti kalau ada ruang dan peluang saya akan paparkan dalam blog ini.Kali ini kita berkenalan dengan rupa rebana ubi dulu yer..hehe..Rebana ubi ni berdiameter sekurang-kurangnya 70 cm, dan mempunyai ketinggian hampir 1 meter.Kalau di Kota Bharu ni, anda boleh menyaksikan persembahan rebana ubi bertempat di Gelanggang Seni.
Tengok tu,pelancong luar pun terpegun menyaksikan keunikan rupa bentuk dan bunyi rebana ubi ni.Anak-anak kita sendiri kenal ker dengan alat muzik dari jenis gendang ni?Jangan pula orang luar lebih mengenali budaya kita berbanding bangsa kita sendiri.Kalau dulu rebana ubi ni digunakan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu pengumuman seperti perkahwinan,bencana, dan sebagainya tetapi sekarang ni fungsinya lebih kepada persembahan kebudayaan.
Alat muzik yang menggunakan pemalu untuk memukulnya ini takde lah susah sangat untuk memainkannya.Tengok pelancong tu..berani mereka mencubanya.Tapi awas...paluan mestilah mengikut rentak.Kalau tidak sumbang bunyinya.Sama-samalah kita menjaga dan mengekalkan alat muzik tradisional ni untuk generasi akan datang.Ok...kalau anda ada maklumat tentang rebana ubi ni,bolehlah kongsi bersama di sini yer.Terima kasih.
Sesekali KM7 buat kelakau kata tak ler makan..nak ketawa saya..
ReplyDeletebest!!!
Belum pernah cuba main rebana ubi