expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 13, 2012

Birthday Imdad ketika usia 1,2 dan 3 tahun

2006 : Kek hari jadi pertama Imdad
Beberapa hari lagi usia anak sulung saya,Imdad akan mencapai 7 tahun.Kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,insyaallah majlis sambutan hari jadinya yang ketujuh akan diadakan.Setakat ini majlis sambutan hari jadi Imdad akan diadakan setiap tahun,biarpun secara sederhana.Entri ini akan memaparkan kenangan sambutan hari jadi Imdad bermula dari tahun pertama sehingga ketiga.Kemudian dalam bahagian kedua nanti akan disiarkan sambutan bagi tahun keempat hingga keenam.


 Tengoklah Imdad ketika berusia setahun ni..
Tak sabar-sabar nak potong kek tu.

Siap pasang belon lagi tu.hehe..
Majlis makan-makan... ala minum petang kat 
bawah pokok depan rumah jer ni.

Kek hari jadi ke2 tahun 2007

 Tiup lilin ker?...eksyen jer tu haha..

 Meriah juga kali ni..rasanya menu kali ni makan ayam goreng.

Kek hari jadi ke3...tahun 2008
 
 
 Siap dengan banner lagi kat belakang tu
belon pun untuk birthday ke3

 
 Tema kali ni hijau epal.Sama dengan warna kek.
Pakai topeng mata dan tiup apa tu?

Antara tetamu yang datang memeriahkan majlis.
Tak lain dan tak bukan...ahli keluarga terdekat.
Ok..untuk birthday Imdad tahun 2009,2010 dan 2011 
akan disiarkan dalam bahagian kedua nanti.
Jumpa lagi.

1 comment:

  1. kuning merah hijau..lg 3 tahun wrne ape ek?? huhu..beznye imdad..bfdy smbt tiap2 thun..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.