expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 3, 2012

052: Kisah rumah dan tangga


Hidup berumah tangga ni banyak cabarannya...cewah!Apa kaitan dengan gambar kat atas tu?hehe... Sebenarnya nak cerita pasal rumah dan tangganya.Tak lengkap buat rumah jika tiada tangganya kan.Sebab tu lah dikatakan hidup berumah tangga.

Itulah tangga utama rumah baru kami yang hampir siap.Simple jer kan.Memang dirancang pun tangga tu luas dan tak berpagar.Jadi anak-anak...jangan main-main kat tangga tu...nanti jatuh! Kalau ada sesiapa yang bertandang ke rumah nanti...bolehlah lepak-lepak kat tangga tu kalau dah bosan kat dalam rumah.hehe...Empat anak tangga yang panjang tu memang dapat menampung jumlah yang ramai...sesuai untuk penggambaran berama-ramai.hehe..

Tingkap dengan cermin hijau tu ditempah khas,begitu juga dengan pintu yang belum diwarnakan tu.Nampaknya porch saya tu tak boleh masuk kereta...Kena buat garaj lain untuk kereta.Takpelah...janji tangga tu luas.


9 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.