expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 30, 2012

Benteng pemecah ombak di pantai Irama


Sekali air bah,sekali pantai berubah.Memang betul tu.Gambar-gambar dalam entri kali ni bukanlah selepas bah atau banjir tetapi beberapa hari sebelum banjir. Lokasinya di pantai Irama Bachok Kelantan.Terkejut juga tengok deretan batu sepanjang pantai.Rupanya itu adalah benteng pemecah ombak.


Pantai ni memang teruk juga hakisannya.Berbeza sekali keadaannya beberapa tahun dulu,apatah lagi kalau nak dibandingkan masa saya kecil-kecil dahulu.Tak tahulah benteng ni berapa lama boleh bertahan dari hakisan.Sejak lepas banjir ni saya belum berkesempatan ke sana....nantilah kalau sempat,bolehlah dirakamkan gambar pantai Irama selepas musim tengkujuh.


 

Tengoklah laluan pejalan kaki pun dah banyak yang rosak dek hakisan ombak memukul pantai.


Sebagai kenangan...gambar yang dirakam oleh anak lelaki saya,Imdad. 
Kebetulan pula pakai baju sama warna petang tu.
Tengok dalam gambar baru perasan warna baju hampir sama.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.