Pernah sampai ke sini?Saya pun baru pertama kali singgah ke sini.Itupun sebab dijemput untuk jamuan akhir tahun pelajar tingkatan lima.Tempat ni baru lagi ....tahun 2012 dibuka.Lokasinya di Kedai Buloh,bagi yang biasa ke Pantai Cahaya Bulan,tahu la kot...Kalau dari Kota Bharu,sebelum sampai PCB yer.
Food Village....salah satu tempat makan di sini.Banyak juga menu kat sini.Tapi kali ni kami tak makan ikan bakar pun.Lokasinya menarik jugalah sebab menghadap ke sungai Kelantan.
Kami sedang merasa makanan kat sini.Hari tu semua hadirin makan steam boat.Yang uniknya kita ambil apa saja kemudian masak kat meja sendiri.Makanlah seberapa banyak...tapi tak boleh dibawa pulang.Kalau tak silap bayarannya RM18 untuk seorang.
Macam-macam ada...tak larat nak makan.Bagi yang ada penyakit,sila berhati-hati yer sebab ada udang,sotong dan sebagainya yang tidak memungkinkan anda makan sepuasnya...hehe..
Sebahagian pelajar saya yang sedang menikmati steam boat.Makan besar mereka kali ni.Tengok tu...penuh pinggan.hehe...makan jangan tak makan.
Lepas makan jangan lupa cuci pinggan yer anak-anak!Tapi kat sini lepas makan..boleh balik jer,tak payah rajin-rajin nak cuci pinggan.Bagi yang nak merasa menu kat sini,bolehlah ke sana yer.Bawalah ahli keluarga bersama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.