expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, December 23, 2012

Narita dari Pengkalan Kubur


Cuba teka apakah gerangan benda kat atas tu?Jawapannya senang aje kan..Itulah narita atau di Kelantan ni lebih dikenali sebagai toto.Sangat popular bagi mereka yang datang ke Kelantan dan membeli-belah di pekan Rantau Panjang mahupun di Pengkalan Kubur.

Apa hal pula saya buat entri pasal toto ni.Nak berniaga toto pula ker?Hmmm takde lah.Saja nak tunjuk toto yang baru dibeli ni,cantik tak?Beli kat Pengkalan Kubur,murah jer RM38 seunit.Kalau beli kat tempat lain,tak pasti pula berapa harganya.

Toto ni elok juga dibeli dan disimpan di rumah.Senang kalau ada saudara-mara datang beramai-ramai nak tidur kat rumah kan.Walaupun tak setebal tilam,cukuplah untuk mengalas belakang.

Jadi kalau ada yang datang ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur,jangan lupa bawa pulang toto.Macam-macam design dan warna ada.Harganya taklah mahal kan....kira mampu beli.

3 comments:

  1. wuah ok tu...kat sabah ni nak RM70-RM80 satu~

    ReplyDelete
  2. oloh, mai pgkln kubor x oyak pongg. jaa ada sokmo pgkln kubor ni.....ofis jaa dlm kompleks imigresen.... heeee....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.