expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 11, 2013

Jangan Bersedih



Buku ni dah lama di pasaran,begitu juga dah lama dalam koleksi saya.Baru sekarang tergerak hati nak buat entri pasal buku yang dikatakan terlaris di pasaran ni.Buku karya Dr. Aidh Al-Qarni terjemahan Tim Ihsan ini memang menarik untuk dibaca.Bukan untuk mereka yang sedang bersedih saja,tetapi untuk semua lapisan masyarakat.


Buku setebal 566 muka surat ini berharga RM 43,diterbitkan oleh Pustaka Ilmi.Tidak dinafikan dalam setiap kandungannya dapat merungkai segala masalah dalam kehidupan manusia, agar kita tidak merasa putus asa dalam hidup apabila berdepan dengan sesuatu dugaan dan cabaran.

Saya petik ungkapan pengarang pada muka surat 139,Janganlah anda bersedih.Lihatlah sengatan panas matahari dapat dipadamkan oleh naungan dedaunan yang hijau.Kehausan dapat dihilangkan dengan air yang sejuk.....Sakitnya seseorang dapat hilang dengan kenikmatan sihat.Yang perlu kamu lakukan hanyalah sedikit bersabar dalam menghadapi segala cubaan tersebut.

Selamat membaca!


5 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.