expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 27, 2013

Beginikah mentaliti orang kita?


Baru saja siap..dahpun rosak.Inilah sikap segelintir orang kita yang tak berapa tahu nak menjaga kemudahan awam yang disediakan.Tak kiralah kemudahan tersebut disediakan oleh pihak kerajaan,swasta mahupun orang persendirian.

Gambar di atas dirakam di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan.Tempat rehat yang saya agak bukan sedikit kosnya itu dahpun rosak ukiran bumbungnya.Takkan angin yang kuat bertiup kat pantai tu telah menjatuhkan ukiran-ukiran kayu tersebut.Kalau betul disebabkan oleh angin,sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan ukiran kayu tersebut melekat kuat pada bumbung.

Menyedihkan juga,contengan-contengan nakal ada di merata tiang tempat rehat itu.Seolah-olah tak ada tempat lain individu berkenaan menunjukkan bakat seni mereka.Keadaan ini mencacatkan pandangan.Lantai tempat duduk pun tak berapa nak bersih..dengan kesan tumpahan makanan dan minuman.Ini menyebabkan pengunjung memijak lantai tersebut dengan kasut mahupun selipar.

Itu baru satu contoh tempat rehat yang tidak dijaga atau digunakan dengan baik.Saya percaya keadaan yang sama banyak juga berlaku di tempat-tempat lain.Ayuh...sama-samalah kita menjaga kemudahan yang disediakan.Kalau bukan kita,siapa lagi? Ingat...anda mampu mengubahnya!

6 comments:

  1. biasa bro...skngni vandalisme mcm benda besa sja...walhal dah buh signboard amaran...tp tak tahulah mentaliti msyarakt kte ni~

    ReplyDelete
  2. selagi tidak merasai kemudahan awam itu hak kita atau pun bukan duit kita....

    ReplyDelete
  3. kalau budak kecil ok lah sebab dorang dalam learning proses conteng conteng ni.

    yang heran tu yg rosakkan menda ni semua org dewasa dah ada otak bagai

    ReplyDelete
  4. dah tak ada kerja sangat ke sampai kemudahan awam pun semua nak dirosakkan...

    ReplyDelete
  5. org kita ni mmg takleh tgk benda yg suci2 ni...nak je dia pecahkan daranya... (bukan berniat buat komen lucah..)

    ReplyDelete
  6. lama nyo x gi PCB... rindu plop nk gi ngetest air nyiur susu... hihihi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.