expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 24, 2013

Belajar di France best!


Kalau dalam entri sebelum ini saya ada memaparkan kisah bekas pelajar yang sedang menuntut di Tokyo,Jepun [klik sini], Kali ini kita berpeluang mengenali seorang lagi bekas pelajar SMKAM yang menuntut di Perancis. "Belajar di France best!"...... Itulah ungkapan pertama daripada Ihsan bin Ziad apabila diajukan soalan tentang pembelajarannya di Perancis.Bekas pelajar SMKAM,SPM batch 2004 ini sedang melanjutkan pelajaran di Perancis peringkat Master in Mechatronics Engineering di École d'Ingénieurs en Génie des Systèmes Industriels (EIGSI La Rochelle).

Menurutnya,pengajian di sana dalam bahasa French." Saya belajar di La Rochelle, satu kawasan di sebelah barat France, betul-betul tepi laut (lautan Atlantic). Orang Islam pun ramai di sini, kebanyakannya dari Morocco"."Kalau ada sesiapa berminat dengan kursus yang saya ambil, Mechatronics ini adalah  gabungan 3 teknologi iaitu mekanikal, elektronik dan sains komputer. Antara subjek-subjek yang ada dalam kursus ini : Control System, Embedded System, Programming dan lain-lain".ujarnya lagi.Jadi kepada pelajar yang berminat dengan gajet-gajet, robot-robot, bolehlah mengambil kursus ini.

Pesanan Ihsan kepada calon-calon SPM "Belajar bersungguh-sungguh, pupuklah sifat cintakan ilmu dan hormatilah guru-guru. Sentiasa berdoa kepada Allah swt dan buatlah yang terbaik dalam SPM nanti. Jangan lupa untuk apply belajar di France! Belajar di France best!"katanya mengakhiri perbualan kami.Saya sebagai salah seorang bekas gurunya cukup bangga dengan kejayaannya dan mendoakan semoga Ihsan terus berjaya dalam bidang yang diceburi.


6 comments:

  1. Bertuah...muda-muda dapat menimba ilmu dinegara orang.

    ReplyDelete
  2. Alangkah bertuahnya dapat belajar di France....jarang pelajar kita di sini. Biasanya Jepun, UK, US...dll

    ReplyDelete
  3. wuah! bestnya...msti bro sebagai bekas cikgu bangga dgn pencapaian pelajar camni kan..tahniah!

    ReplyDelete
  4. saya sendiri pun tak pernah lagi ke sana.hehe..
    krole...memang bangga melihat anak murid berjaya dlm pelajaran.Yang tak berapa berjaya pun bangga juga asalkan mereka menjadi orang yang berguna dan boleh berdikari.

    ReplyDelete
  5. jauhnya dia belajar. bgus2x. bukan calang2 org boleh belajar sampai ke sana... org kaya jer dapat kot...heee!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.