expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 3, 2013

Kerja baru saya...potong rumput


Tu dia...barang baru ni..hehe..apa ke bendanya?ala...mesin rumput jer...Saya beli pun sebab nak mesin sendiri rumput di halaman rumah.Selain memastikan rumput sentiasa pendek,dapatlah juga buat aktiviti pada waktu petang atau hujung minggu.Mesin yang dibeli ni dalam kategori sederhana harganya..cuma RM450.Kalau yang mahal ada yang berharga RM900 bagi spesis yang sama.hehe...


Masih baru...berkilat lagi tu.Lepas ni apabila dah kena rumput...habis hijau mata mesin tu.




Antara aksesori yang disertakan semasa membeli mesin rumput ni.Mak oi...banyak juga aksesori ni.Tak sangka nak mesin rumput pun kena buat persiapan yang rapi baru mesin tu boleh jalan.Biasa tengok orang jer mesin rumput.Sekarang nak buat sendiri baru tahu susah ker senang.




Kasut ni pun saya beli juga.Kuning lagi tu...harganya RM 25.Kat sebelah tu tin untuk mengisi petrol.Beli kat stesen Shell..harganya RM 5 jer.Jangan simpan petrol dalam bekas plastik...bahaya.Saranan penjual mesin ni...sila guna petrol ron 97 untuk ketahanan mesin.Alahai...kereta saya guna ron 95 jer..takkan petrol untuk mesin rumput lebih mahal dari petrol kereta sendiri kan!



Haaa...dah siap.Tu dia model mesin rumput.hahaha..ketawakan dia!Sajalah suruh ambil gambar ni jauh-jauh....takut ada yang kenal,disuruhnya kita mesin rumput kat rumah mereka pula kan naya!hmm seronok betul dapat mesin rumput sendiri kat halaman rumah sendiri.Tanah kat depan rumah ni belum diratakan sepenuhnya.Tengoklah nanti nak tambun tanah lain..kasi rumput baru tumbuh semula,baru nampak cantik kan!


5 comments:

  1. Salam. ..laman rumah luas. eloklah bila dah ada mesin rumput sendiri. saya ada laman sekangkang kera jer. ..

    ReplyDelete
  2. jenuhla nak mesin rumput kwasan yg luas ni tp jimat x pyh upah org bleh exercise skali.

    ReplyDelete
  3. Yang ini bahay tuan, kena tukar kepala utk tali punya... Boleh makan kaki kalau tak kena gaya... Untuk tebas lalang bolehlah pakai ni... :)

    ReplyDelete
  4. halaman rumah dia luas, boleh tahan mesin rumput sokmo lar nanti...hihiihhi...

    ReplyDelete
  5. Halaman besar mesti mengambil masa jugak nak potong rumput tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.