expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 4, 2013

Khatam Quran dan pizza


Alhamdulillah....semalam secara rasmi Imdad berjaya khatam Muqaddam Quran,atau budak-budak ni sebut "Quran Kecik".Mengaji kat rumah jer dengan papa atau mami nya.Apa kaitan dengan pizza tu pulak yer?

Hari tu mami nya adalah tanya Imdad,kalau dah habis baca Quran Kecik tu....nak makan apa?Ingatkan dia nak makan pulut kuning ker apa..tapi dijawabnya nak makan pizza special.Special bagi dia tu mestilah banyak cheese.

Maka untuk menunaikan permintaannya,maka dibuatlah pizza tu untuk Imdad.Bukan main seronok dia dapat makan pizza tu.

Sekarang ni rajin pula dia mengaji "Quran besar".Semoga dapat khatam Quran tu sebelum habis sekolah rendah yer.

3 comments:

  1. untungnya budak2 zaman skrang ni, kalau sy dulu, pulut kuning dgn telur yg warni warni pastu kuah kari or gulai ayam,, bwk pegi umah tok guru... haha

    ReplyDelete
  2. moden kan zaman loni, org dulu2 khatam dapat mkn pulut kuning/ pulut semangat, budak loni dah pandai demand mintak pizza,,,,hahahaha...

    ReplyDelete
  3. tahniah Imdad, bestnya pizza... teruskan belajar...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.