KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, March 28, 2013

Cerminkan mukamu dulu!


"Kalau setakat jadi kerani jer jangan haraplah nak melamar anak aku!" Pedas sekali butiran yang keluar dari mulut datin Salmah."Tapi saya cintakan Amira"balasku tak mahu mengalah."Kamu ingat dengan cinta saja boleh bahagia?Aku sudah ada pilihan untuk Amira...jangan ganggu dia lagi."

"Abang kenapa termenung ni?" Sergah Amira mematikan lamunanku."Takde apa-apalah sayang,saja penat ni." Kuharap jawapan itu memuaskan hati isteri yang sudah 4 tahun menjadi teman hidupku.Kami bahagia biarpun tidak hidup mewah.Kehadiran 2 orang anak melengkapkan lagi hidup kami.

Cuma sampai sekarang aku rasa bersalah kerana perkahwinan kami tidak direstui oleh datin Salmah.Biarpun datuk Ismail tak kisah,dan merestui kami namun sukar bagi kami meyakinkan datin Salmah bahawa kekayaan bukan segala-galanya.Apa yang harus aku lakukan untuk memenangi hati datin Salmah?Tuhan...tunjukkan aku jalan.

2 comments:

  1. kisah benar KM7 ke ni? alahai gitu rupanya kisahnya. btw moga Datin tu sedar akan kesalahan dia merendah2kan org...

    ReplyDelete
  2. alahai jaakechik...kisah rekaan semata-mata hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.