expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 4, 2013

Pengalaman di pedalaman Sarawak


Cepat benar masa berlalu.Dulu sebagai anak murid,sekarang mengikut jejak langkah gurunya berkhidmat sebagai guru juga.Itulah kisah bekas pelajar saya,Roslan yang sedang bertugas di SK Lela Pahlawan,Lingga,Sri Aman,Sarawak."Dulu saya mendengar pengalaman cikgu mengajar di Sarawak,sekarang saya sendiri mengalaminya"ujar bekas ketua asrama SMKAM ini.Roslan (tengah dalam gambar) baru berpindah ke SK Lela Pahlawan kerana sebelum ini dia bertugas di SK Pantu.

Graduan UPM ini pernah merasa keperitan menjadi guru di pedalaman,dengan tidak makan selama sehari pada awal penempatan kerana kesukaran mendapatkan makanan halal.Perbezaan budaya dan bahasa masyarakat setempat juga memberi pengalaman baru kepadanya.Itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendidik anak bangsa.

"Sekarang saya dah boleh memahami dan bercakap beberapa patah perkataan bahasa Sarawak seperti aok..ya,sik...tidak,madah...kata,lawa...sombong."kata  Roslan yang mengambil masa 4 jam menggunakan jalan darat dari Bandaraya Kuching untuk ke daerah sekolahnya.Roslan mengajak semua melancong ke Sarawak pada bulan April ini kerana ada pesta benak,salah satu keajaiban dunia iaitu sungai yang mempunyai ombak yang kuat.

Pesanan Roslan kepada generasi muda,walau di mana kita berada,ilmu agama sangat penting untuk menjamin kekuatan akidah."Kepada adik-adik SMKAM..tuntutlah ilmu baik-baik..kesedaran yang terbaik adalah daripada diri sendiri"ujarnya lagi yang sangat bersyukur kerana mempunyai guru-guru SMKAM yang sudah mendidiknya sehingga menjadi seorang manusia.

Saya mengucapkan selamat bertugas kepada Roslan dan rakan-rakan di pedalaman Sarawak.Kutiplah seberapa banyak pengalaman semasa berada di tempat orang.Sesungguhnya pengalaman yang kita rasai sendiri itu adalah sesuatu yang sangat berharga.Saya sendiri juga pernah berhidmat di Miri,Sarawak selama 4 tahun.Sampai sekarang pun saya masih ingat Miri..rindu nak ke sana!

6 comments:

  1. jaa belum penah sampai lagi sabah sarawak ni.... hihi. ada gak impian nak kesana. cuma belum tercapai jer lagi...heee!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah petang,

    saya pernah menjadi guru. rindu sangat bila lihat bangunan sekolah.

    sampai ke hari ini saya masih tertanya-tanya betulkah pilihan saya menjadi pensyarah, sbb saya seronok sangat menjadi guru.

    ReplyDelete
  3. bgitu besar pengorbanan seorang pendidik~

    ReplyDelete
  4. x mcm sekolah pedalaman je tu cikgu.. sarawak maju skg ni... cuma ada 2 tmpt je yg msih lg guna pengangkutan air iaitu song dan kapit.. tempat sy mengajar skg ni.. huhu.. mungkin x pernah dgr nama song kn? kadang2 org yg asal sarawak sendiri pun xtau di mana letaknya song.. dan di situ lah sy bertugas..

    sedikit bahasa iban.. buleh nyak aku berjaku iban, siget nya ajak.. haha

    ReplyDelete
  5. x mcm sekolah pedalaman je tu cikgu.. sarawak maju skg ni... cuma ada 2 tmpt je yg msih lg guna pengangkutan air iaitu song dan kapit.. tempat sy mengajar skg ni.. huhu.. mungkin x pernah dgr nama song kn? kadang2 org yg asal sarawak sendiri pun xtau di mana letaknya song.. dan di situ lah sy bertugas..

    sedikit bahasa iban.. buleh nyak aku berjaku iban, siget nya ajak.. haha

    ReplyDelete
  6. saya belum ada pengalaman berjumpa dengan anak murid yg sudah bergelar guru..tentu seronok berbau bangga..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.