Salam Jumaat semua.Alhamdulillah pagi ni saya sempat menziarahi pusara arwah ayah saya.Cepat sungguh masa berlalu,sudah setahun setengah arwah meninggalkan kami semua.
Sungguh hening suasana di tanah perkuburan.Jauh dari hiruk-pikuk kesibukan dunia.Apabila berada di sana,terfikir juga apabila sampai masanya,kita semua akan ke sana juga.Sudah cukup ke amalan yang akan dibawa?
Kepada yang masih mempunyai ibu bapa,beruntunglah.Tunjukkan kasih-sayang kita terhadap mereka selagi mereka masih hidup.Bagi yang sudah kematian ibu bapa,kasih sayang kita terhadap mereka tetap subur dengan melawat pusara mereka, juga mengirimkan bacaan Yaasin juga Al-Fatihah.Macam-macam cara boleh dilakukan tanda sayang dan ingatan kita terhadap arwah.
Kepada yang membaca entri ini,terima kasih kerana menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah saya.
al fatihah
ReplyDeletemoga ditempatkan bersama mereka yang beriman.. amin
Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat. Teringat arwah ayah :(
ReplyDeleteMOge arwah ayah mike ditempatkan dalam kalangan oghang yang beghiman.... same le kite ...awok pun udah takde ayah..... 8 tahun lepaih ayah awok pun 'kesane'......
ReplyDeleteAl-Fatihah...
Semoga roh arwah ayah awk berada dlm keadaan sejahtera di kalangan roh org2 yg mendapat rahmat Allah...kerana Allah sememangnya lebih sayangkan beliau. Al-Fatihah buat arwah.
ReplyDelete