expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 22, 2013

Cirit-birit dan muntah pula


Hujung minggu kali ni aktiviti menjaga anak yang cirit-birit dan muntah-muntah.Kesian Sadiq,anak lelaki saya iaitu anak ketiga yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.Sejak Rabu lagi cirit-birit,dah bagi ubat tapi tak baik-baik juga.

Hari Khamis tu kira berat lah juga,tak henti-henti.Maminya ada perkhemahan pelajar,tinggallah saya yang kena uruskan cirit-birit dan muntah Sadiq.Hari Jumaat tu puan isteri saya balik,saya pula ada aktiviti perkhemahan pelajar.Berat juga hati nak pergi,tapi kerana tugas pergi juga.Petang tu baru bawa Sadiq ke klinik.

Hari ni Sabtu,masih lagi belum ok.Jadi kami bawa Sadiq berjumpa doktor pakar kanak-kanak di klinik TMC Kota Bharu.Ubat yang sama juga diberikan seperti yang dibekalkan oleh klinik semalam.Cuma caj rawatan jer tak sama.Biasalah jumpa pakar,cajnya mestilah tinggi kan.

Kat rumah ni bau bekas muntah Sadiq kat karpet,lantai,tilam masih belum hilang.Tak sempat nak hantar dobi lagi.Hish...penat betul la..Begitulah keadaannya jika anak tak sihat ni.Semoga Sadiq cepat sembuh ya.

4 comments:

  1. kesian adik sadiq...kenapa bro? apa punca?...biasalah tu..kalo jmpa pakar ni mmg mahai skit...ubat sama sja kna bagi..hm...sabar ya bro...krole doakan moga ank bro KM7 sihat lepas ni...Amin~

    ReplyDelete
  2. tq krole,tak tau pula punca..mesti pasal mkn kot.

    ReplyDelete
  3. Try bg teh pekat lah.. Bagi minum skit.. Bahaya gak cirit birit tu.. Nanti dehydrate... Takde tenaga langsung..

    ReplyDelete
  4. mohon jaga diri dan anak2. makanan dan cuaca sekrang ni tak begitu baik. jgn ambil makanan yg terdedah kpd persekitaran. moga anak2 kembali pulih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.