expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 27, 2013

Hujan dan ribut kuat


Petang tadi hujan agak lebat dan ribut agak kuat kat kawasan saya.Masa tu saya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah,kira-kira jam 6.00 petang.Masa sampai kat rumah,hujan dah mula reda.

Terkejut tengok kat pagar belakang rumah ada pokok dokong dari kebun sebelah pagar rumah saya tumbang.Pokok tu sebenarnya dah mati tapi tak sangka pula boleh 'terbang' masuk ke dalam kawasan rumah saya.Padahal jaraknya jauhlah juga.Dahan tu patah dan dibawa ribut kuat maka terpelanting ke dalam kawasan rumah saya.

Daun kelapa kering juga melayang masuk ke kawasan rumah.Memang kuat betul ribut tadi.Nasib baik sekejap saja tu.Setelah hujan reda,saya mengambil peluang untuk membersihkan dahan pokok dan daun kelapa tu.Kemudian...terlihat sang pelangi yang cantik di langit senja.Begitu indah ciptaan tuhan.Setelah hujan dan ribut kuat...kita dihadiahkan pula dengan sang pelangi yang cantik.

Apabila membaca status di facebook,saya dapati ramai rakan di Sarawak telah memaklumkan seluruh Sarawak terputus bekalan elektrik tadi.Apa hal pula agaknya tu.Semoga bekalan elektrik akan pulih.Harap bersabar yer!

2 comments:

  1. semoga semuanya kembali seperti biasa insyaa allah

    ReplyDelete
  2. yelah, moga2 bencana yg tiba2 ni hanya seketika. tak berulang kembali..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.