expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 28, 2013

Serangan kelkatu di rumah


Hebat betul serangan kelkatu ni.Sebelum ni kalau hujan takde pula serangga ni,tapi selepas hujan kali ni banyak pula.Kelkatu ni memang suka kepada cahaya lampu,
sebab tu kalau lampu dipasang semasa kehadiran kelkatu kita dapat lihat serangga ni berkerumun pada cahaya lampu.

Bangun pagi tadi terkejut juga melihat sayap kelkatu bertaburan dalam rumah.Memang setiap malam kami buka lampu di beberapa ruang dalam ruang.Hasilnya beberapa lampu down light tu dipenuhi sayap kelkatu.Adussss...masalah betul nak besihkan tu.

Kat luar rumah lagi dahsyat...area lampu belakang rumah tu dipenuhi kelkatu dengan saiz yang lebih besar berbanding dalam rumah.Mungkin mereka ni bersaiz besar tak dapat masuk ke dalam rumah.

Di sebalik sayap yang bertaburan tu masih kelihatan kelkatu yang telah kehilangan sayapnya.Teringin juga nak cari maklumat pasal kelkatu ni nanti.Macamana ia terjadi dan apa kesudahannya.Bagus juga kalau pihak Animal Planet ni buat liputan.hehe...

1 comment:

  1. salam,
    org kata kalau ada byk kelkatu malam2, esoknya ada cendawan busut yang tumbuh, cer carik...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.