Kali pertama melihat telur ni rasa pelik pun ada.Yer la biasanya telur ayam berwarna putih atau sedikit kekuningan kan.Tapi yang ni berwarna coklat kehitaman pula.Rupa-rupanya inilah yang dinamakan telur pindang.
Sangat popular di Johor semasa majlis perkahwinan sebagai cenderahati kepada tetamu.Di Kelantan pun ada juga sedikit masa dulu tapi jarang-jarang.Bukan senang nak sediakan telur ni.Direbus menggunakan pelbagai herba dan mengambil masa sehingga 2-3 hari.Patutlah telur ni boleh tahan lama,sehingga 2 minggu.Lebih lama lagi kalau disimpan dalam peti sejuk.
Rasanya sedaplah juga...tapi bagi yang tak biasa dengan rasa herba tertentu mungkin tak boleh telan telur ni.hehe.Nak makan sekejap jer tapi nak menyediakan telur ni bukan mudah...memakan masa dan kepakaran.Kalau tidak,telur ni mungkin pecah semasa proses merebusnya.Selamat merasa telur pindang.
p/s: Saya beli telur pindang ni semasa pergi ke Johor baru-baru ni.
lame gile masak telur pindang ni....awok adik ipor oghang Johor..... selalu le dapat makan telur pindang ni...
ReplyDeleteRasa herba atau rasa ikan pindang?
ReplyDeleteDulu berkerja di Johor memang mudah nak dapatkan telur pindang ni.
ReplyDelete