expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 24, 2013

Harga rumah naik lagi?

Petikan Sinar Harian 24.7.13


Rumah sudah menjadi satu keperluan setiap orang.Persoalannya mampukah setiap rakyat memiliki kediaman sendiri biarpun bukan sebuah rumah impian.Kenaikan harga rumah sekarang memang dibimbangi,apatah lagi kalau berlaku lagi kenaikan selepas ini.
Keadaan ini lebih meruncing di bandar-bandar besar.Bagi yang berpendapatan sederhana dan rendah,pasti bermasalah untuk memiliki rumah sendiri.Mana tidaknya,jumlah pendapatan yang tak seberapa itulah nak digunakan untuk membayar sewa rumah,ansuran kereta,persekolahan anak-anak dan segala bil bulanan.

Justeru, sesuatu perlu dilakukan untuk mengekang kenaikan harga rumah yang keterlaluan.Pihak berwajib yang prihatin perlu melihat isu ini sebagai satu perkara yang patut ditangani segera agar rakyat akan hidup selesa dan negara terus mencapai kemajuan.


1 comment:

  1. aduh~ risau juga bila terbaca pasal benda ni...nasib baiklah krole dah awal beli rumah...kalo tak...hm...kenapala pihak berwajib kita ni cuba buat begitu...tak kesianka dengan rakyat khususnya berpendapatan rendah~ takkan nak rakyat tinggal atas pokok baru sedar semua tu salah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.