Terima kasih kepada Nziatul Azma (pemilik asal gambar ini).
"Terima kasih mama kerana melahirkan saya,dan selamat tinggal mama".Bayi perempuan comel ini baru saja beberapa hari melihat dunia,tanpa sempat mendapat kasih sayang mamanya.Begitulah takdir Ilahi yang telah menentukan segalanya.Ibu kepada bayi ini telah meninggal dunia sehari selepas pembedahan melahirkannya.(nama dan lokasi dirahsiakan).
Bapa kepada bayi ini, iaitu sepupu saya sendiri tidak menyangka kelahiran anak ketiganya itu telah memisahkan dia dengan isteri tersayang buat selama-lamanya.Apatah lagi kedua-dua anak lelakinya masih lagi kecil dalam usia 5 dan 2 tahun.Dalam usia sebegitu kecil,sememangnya sangat memerlukan perhatian dan kasih-sayang daripada seorang ibu.
Itulah yang dikatakan dugaan kehidupan.Perancangan Tuhan itu melebihi apa yang kita sendiri rancang.Dia yang mengurniakan bayi perempuan yang diidam-idamkan, dan Dia jugalah yang mengambil kembali ibu kepada bayi tersebut pada masa yang sama.Sebagai manusia biasa, rasa kasihan tentang masa depan bayi itu mesti ada. Apapun mesti ada hikmahnya yang Allah jua lebih mengetahui.
Semoga bayi comel ini mendapat perhatian dan kasih-sayang yang sepatutnya daripada kaum keluarga terdekat. Apabila besar kelak, ingatlah jasa dan pengorbanan mama yang telah mengandung dan melahirkanmu.Biarpun dirimu tak pernah mendapat kasih-sayang daripada mama, tapi ingatlah arwah mama kamu sangat menyayangi kamu.AL-FATIHAH buat arwah.
Sedihnyer..
ReplyDeleteTakziah buat keluarga sepupu KM.
Kalu boleh tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Allahyarhamah ibu bayi comel ni?
alahai sedihnya.. al-fatihah buat arwah..
ReplyDeletesedihnya,. ye, saya pun nk tahu apa punca pemergian arwah ibu baby comel ni?
ReplyDeleteal fatihah, semoga ibu arwah bayi ni tabah hendaknya.
ReplyDelete