Berehat seketika dengan menikmati pulut durian.Pergh....memang sedap! Jamuan pulut durian ni untuk dinikmati semasa rehat.Kerja tu kerja juga...rehat tu kena makan baru bertambah tenaga untuk bekerja.
Bercakap pasal makan pulut durian ni,ada yang tambah gula,dan ada juga yang tambah gula melaka dalam pulut mereka.Wah...bertambah manis jadinya.Orang Kelantan ni memang suka makanan yang manis-manis.Tapi awas bagi mereka yang ada kencing manis.
Satu hal lagi,cara makan.Ada yang menggunakan sudu,dan paling ramai yang gemar makan pulut durian menggunakan kelima-lima jari sendiri.Seolah-olah satu kenikmatan makan pulut durian menggunakan tangan.Bagi saya,makanlah guna apapun asalkan kita selesa dengan cara tersebut.
Satu petua untuk mengelakkan kepanasan apabila makan durian dalam kuantiti yang banyak ialah minum air dalam kelopak durian tu.Sejauh mana keberkesanannya,tak tahulah pula sebab saya tak pernah mencubanya lagi.
Sedap tu... saya makan guna tangan... pastu kena jauh-jauh sikit dari kawan-kawan yang sama makan....
ReplyDeletepulut durian best!
ReplyDeletesdapnya pulut durian =) rsanya dah 2kali sy mkan thun ni..bab petua 2 xpasti..sbb dah xbt dh skarg he3
ReplyDeletepulut durian ni pebret jaa ni.. hihi.. pulut letak sikit jer, durian dgn gula tu kena letak byk2, baru sedapppp! hihihi...
ReplyDeletep/s : maaf lama x bw, mood asyik ler kelautttt, skang baru nk pupuk mood blogging semula.... so i'm back! hihi...
www.jaakechik.com