KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, October 24, 2013

Terperangkap dalam bilik sendiri


Pernah terperangkap dalam bilik sendiri?Itulah yang saya alami.Bukan seorang diri, tetapi kami sekeluarga. Tak sangka pula tombol pintu bilik kat rumah ni jem,menyebabkan terkunci dari dalam.
Bayangkan situasi tu berlaku pada waktu malam dan semua pintu rumah sudah berkunci. Kami yang berada dalam bilik tu tak boleh keluar.Aduss..nak korek tombol tu pun bukan ada peralatan bertukang dalam bilik.

Nasib kami memang baik kerana bilik itu terdapat satu lagi pintu lain yang masih berfungsi dengan baik.Keesokan harinya setelah bertungkus lumus merobek tombol pintu tu,akhirnya terbuka juga.Hasilnya keseluruhan tombol tu rosak saya kerjakan.


Betul lah kan,malang tak berbau.Gambar kat atas tu pandangan dari luar (lakonan semula) sewaktu pintu bilik terkunci dari dalam. Tombol tu bukannya murah sangat. Kira branded juga.Tapi dah nak rosak...Cuma risau juga kalau berlaku kepada anak-anak, terkunci dalam bilik dan kita tiada di rumah.Biarpun kunci pintu tu ada, tapi kalau tombol rosak, tak boleh dibuka juga pintu tu.

Nampaknya saya kena beli tombol pintu yang baru untuk menggantikan yang dah rosak dikerjakan itu.Apapun semoga kejadian ini tidak akan berlaku lagi, dan boleh diambil pengajaran yang berguna kepada semua.

4 comments:

  1. Waa..1 family kumpul dlm bilik.naseb baik elektrik x putus,kalau x lagi gamat kot..

    ReplyDelete
  2. nasib baik ada pintu lain,bukannya senang nak pecahkan tombol pintu tu.

    ReplyDelete
  3. Betul tu.Mmg berdebar masa tu...huhu

    ReplyDelete
  4. Betul tu.Mmg berdebar masa tu...huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.