Gambar hiasan koleksi KM7 |
Salam Jumaat semua. Saya tertarik dengan khutbah jumaat di masjid hari ini pasal isu belia. Belia adalah pewaris agama, bangsa dan negara pada masa depan. Justeru kalau kita nak melihat negara kita pada masa depan, lihatlah belia kita pada hari ini.
Kira-kira 40 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada golongan belia. Betapa besar peranan dan sumbangan belia kepada kemajuan bangsa dan negara suatu hari nanti. Cuma dalam khutbah tadi tak disentuh permasalahan belia pada hari ini.Khususnya belia Melayu yang banyak terlibat dengan gejala penagihan dadah.
Bayangkan apa akan jadi kepada negara apabila ramai anak muda terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Rentetan itu membawa kepada kes kecurian, ragut, rompakan dan pembunuhan semata-mata untuk mendapatkan dadah. Negara juga rugi jutaan ringgit untuk memulihkan mereka di pusat-pusat serenti yang belum tentu pulih sepenuhnya.Fikir-fikirkanlah apabila orang tua sibuk di kedai kopi dengan permainan aji atau dam mereka manakala belia sibuk keluar masuk hutan menagih dadah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.