Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tahu
Masih ingat dengan pantun lama tu? Banyak pengajaran pantun tu kan. Tapi entri kali ini bukan nak bincang pasal pantun. Saya nak tunjuk buah keranji tu jer. Yer lah dalam pantun tu ada sebut buah keranji, mungkin generasi baru ni tertanya-tanya macam manalah rupa buah keranji.
Kulitnya hitam dan nipis, rasanya ada yang manis dan ada yang masam. Kat dalam tu ada biji yang kecil yer. Jangan telan pula biji tu. Masa kecil-kecil dulu biji buah keranji ni boleh dibuat mainan pula.Tabur kat lantai kemudian diceduk guna kertas yang dilipat dalam bentuk kon. Siapa dapat paling banyak, dialah yang menang.hehe..lucu pula kalau diingatkan.
Saya pernah tengok pokok keranji ni masa kecil dulu. Tinggi dan besar juga pokok ni. Kalau tak pandai panjat, boleh kait buahnya dengan galah. Dulu buah keranji ni besarlah juga. Tapi sekarang ni susah mahu cari yang besar. Pokoknya pun dah jarang dijumpai.Mungkin pokok keranji akan pupus suatu hari nanti. Yang tinggal hanyalah namanya dalam pantun di atas.
masa kecil kecil dulu dalam baya umur belasan suka sangat panjat pokok keranji
ReplyDelete