expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 23, 2013

Ini dia...pengantin baru


Hari ini saya dan keluarga telah menghadiri kenduri kahwin anak sepupu di Melor, Kelantan.Cuaca cerah hari ini setelah beberapa hari lepas hujan turun tak berhenti, melancarkan lagi perjalanan majlis. Di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Fairuz dan pasangannnya Ridhuan. Gambar kat atas tu adalah kad undangan dan kad cenderahati.


Maaflah hanya ini gambar yang sempat dirakam. Itupun menggunakan handphone saja. Masa ni pengantin yang memakai persalinan serba pink sedang menjamu selera...makan beradab. Wah bestnya lauk pengantin.... Kalau hari-hari macam ni kan best.


Cantik juga beg kertas cenderahati daripada pengantin. Saya suka tengok lakaran kartun pada beg kertas tu yang melambangkan hari bahagia pasangan pengantin. Gambar paling bawah tu, puan isteri saya dan Sadiq bergambar dengan kaum keluarga terdekat.


Gambar kat atas tu adalah pelamin persandingan.Saya tak sempat merakamkan gambar persandingan mereka.Maklumlah sibuk dengan kerenah anak-anak.Tahniah juga kepada kedua ibu bapa pengantin kerana menerima menantu pertama dalam keluarga.Akhirnya...kepada pengantin baru...Selamat berbahagia dan selamat menempuh alam rumah tangga.

7 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.