expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 22, 2013

Kemboja putih sudah berkembang


Selamat pagi semua. Mulakan hari anda dengan ceria, seindah kembangan bunga kemboja putih dalam gambar tu. Kuntuman pertama kemboja putih telahpun berkembang sejak saya menanam pokok ini 5 bulan yang lalu. Satu kepuasan apabila melihat hasilnya.

Pokok kemboja putih ini ditanam di halaman rumah. Ada berpendapat pokok ini sesuai di tanah perkuburan. Takpe lah yer...tanam depan rumah pun boleh mengingatkan kita tentang kematian juga.Ehh lupa nak tanya, cantik ker bunga tu?hehe..

Sayang sikit, bunga ni berkembang musim hujan lebat. Kelopaknya tak dapat bertahan lama apabila ditimpa hujan. Rasanya dalam dua tiga hari gugurlah ke bumi. Apapun bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan. Semoga kemboja putih saya ni akan terus mengeluarkan bunganya yang banyak pada masa akan datang.

5 comments:

  1. Tak kan kemboja jah cikgu...hok lain tak ada ka?

    ReplyDelete
  2. lawa KM, saya pun ada tanam. Bunga dia wangi jugak.

    Ada banyak warna tetapi saya tanam yg putih jea. Tanda kesuciaan la kononnya. He he he.

    ReplyDelete
  3. cantik bunga ni.. aefa tak minat bunga hehe :D

    ReplyDelete
  4. Bunga lain takde lg.hehe
    Terima kasih kpd semua yg meninggalkan komen

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.