KOLEKSI ISTIMEWA

Friday, November 1, 2013

Pedasnya cili


Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya kan! Memang betul..takkan kita yang tak makan cili pula yang terasa.Itu peribahasa dulu-dulu yang ada kaitan dengan cili.Maksudnya apa yer? Ala.. orang tu yang buat salah atau silap, mesti dialah yang terasa apabila ada orang lain yang menegurnya.ehh betul ker ni?
Pokok cili yang berbuah dalam gambar kat atas tu adalah pokok cili kat rumah saya. Dah berbuah rupanya pokok cili yang ditanam kat belakang rumah ni. Tak rugi tanam pokok ni. Boleh juga dapat hasilnya. Kalau banyak buahnya bolehlah diberikan kepada jiran-jiran yer.Nak makan semua tu tak habislah pula rasanya.

Kalau dibiarkan cili tu terus masak tanpa dipetik, mungkin akan menghasilkan benih baru. Lama-kelamaan banyaklah pokok cili yang baru. Eh.. berangan la pula. Yang kat pokok tu pun tak makan lagi. Saya tak suka makan cili yang sangat pedas. Boleh sakit perut jadinya. Tapi ada orang yang suka rasa pedas yang melampau.Fuhhh berasap jadinya.


2 comments:

  1. Saya tak suka sgt cili ni x tahan..hihii

    ReplyDelete
  2. KM,
    saya juga ada tanam cili 2 pasu kat muadzam ni. Memang kalau tak makan cili tak terasa sedapnya nasi heheh. bagi sayalah...

    cili ini penting untuk kesihatan usus.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.