Gambar hiasan |
Kebanyakan daripada kita sudah biasa menghadiri kursus.Tak kiralah kursus profesionalisme mahupun kursus-kursus biasa untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Beberapa perkara yang saya nak sentuh di sini adalah pasal kursus.
Kalau kursus yang melibatkan ramai peserta, biasanya anda akan memilih tempat duduk di bahagian mana? depan, tengah atau belakang? Kalau saya, mestilah tepi dan belakang.hehe..Bukan saja senang nak keluar apabila tamat kursus bahkan pandangan pun luas, jadi taklah membosankan. Kalau penceramah kursus tersebut bagus dan berkaliber, saya pasti akan memilih tempat duduk paling depan.
Biasanya juga dalam sesuatu kursus itu peserta lelaki akan berada sekolompok dengan peserta lelaki, begitu juga dengan peserta wanita. Jarang berada dalam satu barisan meja kecuali kalau tempat terhad. Hal ini untuk mengelakkan terjadinya perkara yang tak sepatutnya seperti jatuh hati kepada peserta kursus.Oppss.. terutamanya bagi yang dah berumahtangga. Bagi yang masih bujang,hmmm ambil peluanglah tu.
Tempat kursus biasanya di hotel-hotel mahupun dewan yang besar.Jadi makan minumnya mestilah special kan. Saya cukup tak suka kalau ada peserta kursus yang mengambil makanan secara berebut-rebut dan diambil dalam kuantiti yang banyak. Seolah-olah seminggu tak jumpa makanan. Kononnya makanan tu sedap, tak kiralah makanan itu percuma, apatah lagi kalau peserta yang bayar lagi lah gelojoh.hehe..
Itu pendapat peribadi saya. Ada lagi beberapa hal lain berkaitan menghadiri kursus ni. Mungkin anda ada pengalaman, silalah berkongsi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.