Itu bukan burung, itik atau apa-apa binatang yer. Itu adalah perahu panjang yang bernama Petalawati Seri Kekayangan. Perahu cantik ini adalah sepanjang 14.3 meter dan mempunyai kelebaran 2.1 meter. Perahu berkepala ini memang cantik dengan warna putih pada badannya, dihiasi dengan corak khas.
Perahu ini merupakan hadiah daripada Raja Chulalongkom (Rama V) Siam kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Long Senik Putera Long Kundur (Sultan Muhammad ke IV), sempena keberangkatan lawatan baginda ke negeri Kelantan pada tahun 1905.
Kepada sesiapa yang ingin melihat perahu ini dengan lebih dekat lagi, bolehlah berkunjung ke Istana Jahar,iaitu Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan, di Kota Bharu. Lebih senang lagi, letaknya berdekatan dengan dataran pintu gerbang mercu tanda Kota Bharu, Kelantan.Cuti sekolah ni sesuailah bawa anak-anak ke sana.Pergilah melancong!
cantik menarik, budaya dan kesenian terpelihara
ReplyDelete