expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 22, 2013

Rendang Tanjung Stan


Hari memasak sedunia.hehe...Itulah hasil kerja tangan puan isteri saya hari ni. Nasi himpit tu dimakan dengan rendang ayam istimewa. Saja bagi  nama rendang Tanjung Stan, ambil nama asal resepi rendang tu. Cara penyediaannya, kena buat nasi himpit dulu.

Tengok gambar pertama tu, bukan main klasik lagi cara penyediaan nasi himpit. Nasi yang masih panas diletakkan di bawah periuk yang diisi dengan air. Tujuannya supaya nasi tadi menjadi padat dan boleh dipotong-potong. Macam-macam cara untuk menghimpit nasi kan...jangan dipijak atau duduk kat atasnya sudah.hehe..

Rendang ayam tu masak macam biasala...Apabila semua siap, maka bolehlah dimakan.Hmmm sedapnya. Sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih sesuai lagi makan apabila perut lapar. Ok...Terima kasih kepada puan isteri atas penyediaan menu yang sedap tu.Lain kali boleh buat lagi. Selamat menjamu selera.

3 comments:

  1. Idah selalu himpit nasi tu guna tong beras.. tak pun lesung batu letak atas dulang.. :D

    ReplyDelete
  2. Wahh paling penting perench bismillah tuu cikgu..hehe

    ReplyDelete
  3. cantik nasi himpit versi himpit-himpit dengan benda berat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.