expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 25, 2013

Takut masuk muzium


Pada mulanya excited betul nak pergi muzium...mungkin mereka tak tahu apa ada kat dalam tu. Bila dah masuk ke dalam mulalah takut. Berjalan pun kena pimpin..hehe..Anak-anak sayalah tu. First time masuk muzium kat Kota Bharu ni. .

Agaknya mereka rasa berbeza dengan suasana dalaman muzium yang nampak klasik dan penuh dengan barang--barang yang tak pernah dilihat sebelum ini. Lainlah kalau melawat muzium yang penuh dengan figura kartun, mesti mereka suka. 

Saya terfikir macamanalah nak galakkan budak-budak ni menghargai peninggalan sejarah, terutamanya apa yang sedia ada di muzium. Salah satunya mungkin ibu bapa dan pihak sekolah bolehlah membuat lawatan ke sana yer. Selain itu?entahlah.....sama-sama kita fikirkan....

3 comments:

  1. pergi muzium masa ikut lawatan sekolah.lepas tu dah tak pergi dah..

    ReplyDelete
  2. musim cuti sekolah tempat-tempat begini memang menjadi pilihan....kat Melaka banyak muzium....jom datang Melaka.......

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.