KOLEKSI ISTIMEWA

Thursday, December 5, 2013

Mari makan Spaghetti


Selamat malam semua...dah makan ker belum ni? atau masih mencari-cari tempat makan yang memenuhi citarasa tekak masing-masing.hehe...Malam ni saya nak kongsi menu istimewa yang disediakan oleh puan isteri saya...spaghetti...haaa ala-ala barat sikit.Sekali-sekala kan..apa salahnya.

Nak sediakan menu ni...mula-mula kena beli spaghetti...ikut sukalah jenama apapun.Kemudian rebuskan yer spaghetti kering tu tuan-tuan dan puan-puan...Pada masa yang sama bolehlah siapkan kuahnya. Puan isteri saya cakap..campak jer bahan-bahan seperti sos spaghetti jenama apa-apa (yang kami guna Kimball), bawang putih, bawang besar, cheese, daging ayam kisar, sosej, mushroom dalam tin, tomato, karot, isi ketam, butter dan lain-lain yang dirasakan sedap juga sebagai aksesori.

Amacam...boleh tahan banyak juga bahan yang digunakan tu...Kuah tu boleh masak dalam masa 15 minit saja.Lepas tu bolehlah dimakan...Hmmmm.... sedapnya. Bolehlah dimakan bersama ahli keluarga...Takpun... makanlah  bersama rakan-rakan.OK....selamat menjamu selera...


9 comments:

  1. sedapnya. tiba-tiba terasa lapar walaupun dah makan. hehe.

    ReplyDelete
  2. wooosh!!! Sedap gila wooooh~~ <3
    nyummy T_T

    ReplyDelete
  3. sila...sila makan...jangan malu2 yer.

    ReplyDelete
  4. sedap ni .. dah lama tak makan spaghetti

    ReplyDelete
  5. esok.. bru terpikir nak msk spagetti utk family... huu :D

    ReplyDelete
  6. saya suka spaghetti ni,biasa memang buat sendiri je

    ReplyDelete
  7. Perkongsian resepi dengan cara yang sempoi dan simple! Ni kena pandai-pandai la sukat bahan-bahan tu. Boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  8. Nyumyylicious..tetibe macam mengidam spaghetti pulak ni..adesss =__='

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.