expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 12, 2013

Masalah daftar internet banking


Gambar hiasan..tiada kena-mengena langsung dengan entri. Petang ni nak story sikit pasal aktiviti pagi tadi yang meletihkan jiwa dan raga...hoho..dahsyat bunyinya tu..Actually..hari ni terbuka pintu hati nak buka akaun kat sebuah bank tu..Maklumlah duit banyak kan..kena ada banyak akaun..haha...padahal sesaja nak tambah kad kredit opsss debit.

Alkisahnya...saya pun pagi-pagi lagi pergi ke bank tu.(nama dan lokasi bank dirahsiakan...sebab mereka tak sponsor untuk entri ni). Hmm baiknya orang tak berapa ramai sebelah pagi, jadi cepat sikit urusan.Mula-mula kena isi borang...aduss malasnya nak mengisi borang secara manual ni.,,Kemudian ke kaunter masukkan duit..Sekarang tak pakai buku akaun yer..dapat sehelai kertas jer sebagai bukti kita ada akaun kat bank tu..

Satu lagi..kat bank ni ada disediakan perkhidmatan perbankan melalui telefon..masalahnya sim kadnya mungkin tak dapat support Sony Xperia Z1 saya ni...maka tak jadi buat..Saya nak buat internet banking.Kena daftar kat mesin ATM dulu,Pastu kerani tu cakap balik online kat rumah dulu kali pertama, kemudian call dia semula untuk didaftarkan nombor telefon pula..Alahai kan senang kalau kat bank tu disediakan komputer untuk pelanggan terus buat kat situ. 

Masalahnya bila balik ke rumah...saya cuba buat...campur line internet yang ntah apa-apa hari ni..maka tak berjaya untuk log in kali pertama.Ada sekali tu boleh log in...website bank tu pula hang..eeee geram betul.Kesudahan yang tak sudah....saya call balik bank tu..Yang jawab panggilan tu beritahu kerani tu tengah online...maksudnya ada customer la kot..takkan online FB pula.hehe..Dia suruh saya call balik. Adusss malasnya nak call buat habis kredit handphone pakcik jer...nak bercakap dengan yang berkenaan tak dapat pula.

Last untuk cerita ni..saya tak buat apa-apa...malas nak layan.Tengoklah minggu depan camana...Kalau macam ni... baik saya teruskan online internet banking dengan 2 bank yang saya dah lama berurusan...ok jer...Hmmm tu jer  luahan hati hari ni.Terima kasih kerana sudi membacanya..

1 comment:

  1. salam. ni mesti BIMB kan? sbb bank ini aje offer TAP di Msia...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.