Hujan dari pagi sampai ke petang.Takde kerja nak buat maka saya pun buatlah operasi membuka kotak-kotak simpanan barang. Dah setahun kotak-kotak tu di situ tak terusik pun sejak kami pindah rumah. Sibuk sangatlah tu...hehe..6 kotak semuanya dibuka hari ni.
Ada sesetengahnya telah dijadkan sarang semut hitam.huhu...nasib baik tak merosakkan barang-barang tu. Antara barangan dalam kotak tu adalah cenderahati daripada pelajar dan ada juga yang dibeli semasa melancong. Tak kurang juga free gift yang lama-lama tu.
Ini model operasi hari ni...bukan main sibuk lagi duk check barang...banyak juga yang berkenan tapi awal-awal lagi saya dah beri amaran...jangan kacau barang tu...hehe..kesian...boleh tengok dan pegang jer...ambil buat main tak boleh yer!
lagi gambar....
Rak kat belakang tu dah lama kosong...cuma ada koleksi buku yang saya dah susun lama dulu. Setakat ni Sadiq takde pula sepah-sepahkan buku tu...kecuali ada kakak atau abangnya yang bermain di situ. Harap-harap lepas ni pun buku tu tersusun rapi kat situ.
Dan inilah hasilnya setelah menghabiskan masa hampir 3 jam mengemas...huhu...lama betul.Bukan senang nak menyusun barang yang kecil-kecil ni...Semua cenderahati daripada pelajar masih saya simpan, Ada juga yang diberikan oleh pelajar masa mengajar di Miri, Sarawak dulu. Sayang sikit rak ni tak bercermin...lepas ni kena selalu bersihkan habuk pula...Ok..itu saja laporan hari ini..hehe...
mak aii banyaknya..:)
ReplyDeletebnyknya cenderahati.. tapi bila letak barang2 kecik ni kat rak, jenuh nk mengemas-buang habuk..
ReplyDeleteBANYAKNYA BUKUUUUUUUUU
ReplyDeleteNK PINJAAMMMM HHEHEHHE
Wah bestnyaaaa hihihihi
bole saya tolong ? hehe..
ReplyDeleteSayangnya anak murid dengan cikgu yerr... :D
ReplyDeletebanyak hadiah cikgu dapat.. ;)
terima kasih kpd semua yg meninggalkan komen..hehe..Roha...marila tolong..
ReplyDeletemesti cikgu yang diminati ramai anak murid...tu pasal hadiah pun banyak.....hihi
ReplyDelete