KOLEKSI ISTIMEWA

Tuesday, December 10, 2013

Operasi membuka kotak


Hujan dari pagi sampai ke petang.Takde kerja nak buat maka saya pun buatlah operasi membuka kotak-kotak simpanan barang. Dah setahun kotak-kotak tu di situ tak terusik pun sejak kami pindah rumah. Sibuk sangatlah tu...hehe..6 kotak semuanya dibuka hari ni. 

Ada sesetengahnya telah dijadkan sarang semut hitam.huhu...nasib baik tak merosakkan barang-barang tu. Antara barangan dalam kotak tu adalah cenderahati daripada pelajar dan ada juga yang dibeli semasa melancong. Tak kurang juga free gift yang lama-lama tu.



Ini model operasi hari ni...bukan main sibuk lagi duk check barang...banyak juga yang berkenan tapi awal-awal lagi saya dah beri amaran...jangan kacau barang tu...hehe..kesian...boleh tengok dan pegang  jer...ambil buat main tak boleh yer!

lagi gambar....



Rak kat belakang tu dah lama kosong...cuma ada koleksi buku yang saya dah susun lama dulu. Setakat ni Sadiq takde pula sepah-sepahkan buku tu...kecuali ada kakak atau abangnya yang bermain di situ. Harap-harap lepas ni pun buku tu tersusun rapi kat situ.



Dan inilah hasilnya setelah menghabiskan masa hampir 3 jam mengemas...huhu...lama betul.Bukan senang nak menyusun barang yang kecil-kecil ni...Semua cenderahati daripada pelajar masih saya simpan, Ada juga  yang diberikan oleh pelajar masa mengajar di Miri, Sarawak dulu. Sayang sikit rak ni tak bercermin...lepas ni kena selalu bersihkan habuk pula...Ok..itu saja laporan hari ini..hehe...

7 comments:

  1. bnyknya cenderahati.. tapi bila letak barang2 kecik ni kat rak, jenuh nk mengemas-buang habuk..

    ReplyDelete
  2. BANYAKNYA BUKUUUUUUUUU
    NK PINJAAMMMM HHEHEHHE

    Wah bestnyaaaa hihihihi

    ReplyDelete
  3. Sayangnya anak murid dengan cikgu yerr... :D

    banyak hadiah cikgu dapat.. ;)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kpd semua yg meninggalkan komen..hehe..Roha...marila tolong..

    ReplyDelete
  5. mesti cikgu yang diminati ramai anak murid...tu pasal hadiah pun banyak.....hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.