Gambar Hiasan koleksi KM7 |
"Encik akan dapat banyak faedah kalau menyertai........" Ayat standard yang kita dengar melalui panggilan telefon. Dah banyak kali saya terkena...panggilan dari agensi atau syarikat tertentu yang membuat promosi kad kredit mahupun pelbagai kad keahlian. Biarpun saya dah beritahu...dah pakai banyak kad kredit mahupun insuran...mereka tetap nak cerita pasal perkhidmatan syarikat mereka...
Nak letak jer telefon tu...kesian pula.Bersungguh betul tukang promosi tu bercerita..huhu...dengar je lah. Bimbang juga kot-kot terpedaya dengan pujukan mereka. Saya pernah terkena tawaran melalui panggilan telefon pasal kad pelancongan..Bayaran bulanan melalui kad kredit...Bukan sikit dalam RM 500 juga akan dipotong.. Fikir punya fikir....macam tak nak pula...tapi dah setuju...Maka saya batalkan saja kad kredit supaya tak dipotong untuk pakej tersebut..Sedap jer diorang berkempen dengan nak potong duit dalam kad kredit kita.
Hairannya...macam manalah mereka dapat maklumat dan nombor telefon kita tu. Kata rahsia...tapi ada pihak tertentu yang ambil kesempatan...
Selalu macam tu buat tak tahu je. Saya kalau dapat panggilan macam tu, memang cakap ada meeting je walaupun takda meeting. Malas nak layan. Hahahaha
ReplyDeleteZH Blogger
Betul, selalu byk dpt call tapi sorry lah. Have to say no hehehehe
ReplyDeleteHmm.. itulah musykil juga mana dapat no, tefon kita
ReplyDelete