expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 10, 2013

Saya dah TUKAR


Apa yang ditukar tu? Ni haaa... tukar ic.Dah lama tak tukar ic kan...eloklah tukar yang baru. Apabila dah tukar yang baru maka gambar pun baru...huhu...nampaklah makin tua. Sila abaikan muka yang tak berapa nak hensem tu.

Asalnya nak tukar alamat pada ic. Maklumlah sejak duduk kat rumah sendiri ni rasa nak ada alamat tetap sendirilah pada ic. Maka kesempatan cuti ni saya pergilah tukar ic kat Jabatan Pendaftaran Negara. Kalau kat Kota Bharu ni tempatnya di Wisma Persekutuan. Bayaran penukaran ic ni cuma RM 10..Masa pergi tu punyalah ramai orang.....Tapi yang bestnya, tak perlu tunggu lama...sekejap jer proses tu. Ic tu siap dalam masa satu jam.

Kalau ic lama, menggunakan 64K chip, yang baru ni 80K chip. Ic baru ni juga ada 2 gambar yer..satu colour dan satu lagi hitam putih. Sekarang dah boleh pakai ic baru...ic lama boleh simpan sebagai kenangan...apabila ia ditebuk dengan 2 lubang tu.Hmmm misi seterusnya nak tukar lesen memandu pula!

6 comments:

  1. Wah. IC baru ni. Saya tahun lepas ke awal tahun ni buat IC baru. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. kita pun dah tukar...Gambar IC baru boleh link untuk renew lesen nanti...

    ReplyDelete
  3. saya pun dah tukar ic baru.. buat sebab haritu nak kena bagi salinan kp time nak kawin..hehehe

    ReplyDelete
  4. belum berkesempatan utk tukar ic lg :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.