Cerita pasal makan lagi...harap anda semua dah makan yer malam ni. Jangan ada yang terpaksa menelan air liur apabila melihat entri nasi kerabu ni. Memperkenalkan nasi kerabu kolok, atau ada yang memanggilnya nasi kerabu golok. Asalnya dari selatan Thailand, tapi sudah popular di Kelantan. Saya sendiri pun dah mula suka makan nasi kerabu golok ni berbanding nasi kerabu yang biasa di Kelantan. Jom kita tengok apa bahan dalam nasi kerabu ni.
Tu dia...bukan main banyak guna ulam nasi ni yer,..macam-macam ada. Taugeh, kacang panjang, karot,kobis dan apa lagi tu...saya tak kenal..hehe..
lagi pasal nasi kerabu golok...
Antara lauk yang boleh diminta untuk pakej nasi kerabu golok ni, seperti ayam goreng, ikan celup tepung, solok lada, dan telur masin. Ada sesetengah tempat tu menyediakan ayam dan daging bakar. Boleh campur macam-macam lauk, tapi kena bayar lebihlah yer.
Inilah penjualnya...lupa pula nak tanya nama..hehe...Saya sendiri pun tak kenal sangat, cuma beberapa kali saja membeli kat sini. Kalau nak tahu tempatnya..berdekatan Bank Islam, Pasir Tumboh. Petang baru ada yer. Kalau nak buat tempahan pun boleh tu. Nanti bolehlah jemput saya makan.hehe.
Dan...inilah hasilnya....nasi kerabu golok...Sedap ni...lupa nak beritahu tadi...nasi ni takde kuah yer. Ada budu khas dan sambal kelapa. Harga nasi dalam gambar tu RM 4.00 sahaja. Cubalah...anda pasti terpikat.hehe..
pergh nasi kerabu T_T <3
ReplyDeletenaaaaaaaaaaaakkkkk
huhuhu rindu nok gi golok hehehe
kat sini ulam camboh dgn kacang panjang jea...haru kan...
ReplyDelete