expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 27, 2013

Tsunami 2013: Antara kebenaran dan kebetulan


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kemunculan banyak ikan di perairan Lahad Datu, Sabah. Kebimbangan berhadapan dengan tsunami mula terasa memandangkan perkara yang hampir sama berlaku sebagai tanda tsunami pada 26 Disember, 9 tahun yang lepas. Perkara ini disangkal kerana ada faktor lain ikan itu muncul ke daratan, bukannya berlaku gegaran di dasar laut.


Semalam heboh dan kecoh lagi dengan gambar laut bergelora hebat yang banyak disebarkan dalam media sosial sama ada aplikasi whatsapp mahupun FB...Gambar kejadian di pelantar minyak pun ada ni....

Lihat gambar....



Cepat betul berita ini tersebar menyebabkan kebimbangan sesetengah pihak. Susah juga nak buat keputusan nak percaya atau tidak memandangkan perkara ini bukan berlaku di depan mata sendiri. Begitulah berpengaruhnya media sosial hari ini dalam menyebarkan berita...lebih cepat tersebar kerana rata-rata dalam kalangan kita memiliki telefon pintar dengan aplikasi internet. Golongan muda hari ini lebih suka mendapatkan berita melalui jaringan whatsapp dan FB .


Pihak berwajib sewajarnya mengambil langkah drastik dalam menentukan kesahan sesuatu berita itu agar masyarakat mendapat perkhabaran yang betul. Petikan akhbar Sinar Harian online kat atas tu mengesahkan bahawa Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran tsunami dalam tempoh 36 jam seperti yang digembar-gemburkan itu.

Jadi sebagai pengguna media sosial, diharapkan sebarkanlah berita yang benar bukannya rekaan untuk kepentingan sesuatu pihak. Bagi yang menerima berita atau hebahan tu pula, seeloknya membuat penelitian kesahannya terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain pula. Kita tidak boleh lari dari menerima maklumat yang cepat dengan adanya teknologi hari ini, cuma kita kena bertanggungjawab atas penyebaran maklumat tersebut. FB, twitter, whatsapp sangat baik dan cepat untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Tapi kalau banyak maklumat yang kurang tepat atau tidak benar...mungkin satu hari nanti masyarakat tidak akan menggunakannya lagi.

2 comments:

  1. macam2 dah berita keluar sekarang nie kan. hurm. wallahualam. kat sarawak pon asyik hujan je sekarang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.