KOLEKSI ISTIMEWA

Sunday, January 26, 2014

Kali pertama gunting rambut


Bila kali pertama anda potong rambut kat kedai gunting rambut? ramai yang tak ingat kan...Entri kali ini saya paparkan aksi Sadiq semasa digunting rambutnya buat pertama kali kat kedai gunting. Sejak lahir, inilah kali pertama Sadiq potong rambut..sebab rambutnya jenis lambat panjang.



Tak mahu dia duduk kat kerusi tu. Jadi terpaksalah saya mendukungnya.Nasib baik dia tak menangis...cuma dipeluk erat papa nya ni....takut bunyi mesin rambut kot....Sadiq diam jer kat atas dukung tu. Senanglah sikit nak potong rambut. Bimbang juga kalau-kalau digeleng-geleng kepala...kan susah nak gunting rambut.


Tengoklah aksi budak kali pertama potong rambut ni. Sebelum ni kami pernah nak bawa Sadiq untuk gunting rambut tapi tak jadi sebab...KLIK SINI..Kesian kan...



Suasana dalam kedai gunting rambut


Dah siap...kan dah smart tu Sadiq dengan rambut pendeknya.hehe..Harap entri ini akan menjadi kenangan buat Sadiq apabila dia besar kelak. Masa saya kecil dulupun arwah ayah sering membawa saya ke satu kedai gunting rambut kat kampung ni. Tukang gunting rambut saya dulu masih ada lagi...dah tua dan sudah pencen daripada  kerja menggunting rambut.Kedai guntingnya pun dah tiada...nostalgia!

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.