expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 27, 2014

Musim demam melanda


Musim demam pula sekarang ni...3 anak saya demam, bermula dengan Sadiq beberapa hari lepas. Malam tadi Ardini pula yang demam, dan hari ini yang sulung Imdad juga demam. Budak-budak ni kalau nak demam mesti muntah-muntah dan cirit-birit dulu..



Tadi pergi Poliklinik, Ardini kena cucuk satu jarum dan 4 jenis ubat macam dalam gambar pertama tu. Semua tu kena RM 45. Imdad tak jumpa doktor lagi...kira kongsi ubat dengan Ardini lah. Beberapa hari lepas bawa Sadiq ke klinik pakar kanak-kanak...ambil dua jenis ubat jer RM 29...tak jumpa doktor pun.

Kesian...Ardini kena cucuk


Macam ni lah kalau dah demam....makan pun tak lalu.Sebut jer makanan kegemaran masing-masing, semua dah tak nak..Kesian...Baru sekejap tadi saya call ibu yang sedang mengerjakan umrah di Mekah. Dia demam selesema pula hari ni...cuaca panas di sana. Semoga beliau cepat sembuh. Doakan juga agar anak-anak kami cepat sembuh. Risau juga kami apabila anak-anak demam ni.

2 comments:

  1. dah berjangkit semuanya...hope segera sembuh dan rajin makan ubat yea...

    ReplyDelete
  2. ya allah betul!!
    qila gi klinik T_T
    ramai gila huu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.