15 Januari 2014, hari ini genaplah 2 tahun pemergian arwah ayah saya. Entri pasal kematiannya KLIK SINI. Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru saja kematian arwah, rupa-rupanya dah masuk 2 tahun.
Itulah kehidupan di dunia, setiap yang bernyawa pasti akan mati juga apabila tiba waktunya. Biarpun orang yang pergi itu kita sangat sayangkannya, namun takdir Allah melebihi segalanya. Kita yang masih hidup ini sewajarnya mengisi ruang hidup dan sisa-sisa usia yang masih berbaki ini dengan amalan yang sepatutnya.
Biarpun arwah ayah telah pergi, namun semangat dan jiwanya masih mengalir dalam diri ini. Terima kasih kerana pernah mengajar saya erti sebuah kehidupan. AL FATIHAH buat arwah ayah.
al fatihah ... salam takziah ..
ReplyDelete