expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 3, 2014

Dilema orang bekerja


Terima kasih kepada pemilik asal artikel di atas. Saya terima melalui whatsapp daripada kawan. Tertarik dengan isi kandungannya, maka saya kongsikan dalam entri dalam blog ini. Mungkin petikan di atas ada kebenarannya jika kita meluangkan sedikit masa untuk menelitinya.
Setiap orang ada pandangan yang tersendiri terhadap kerjaya yang diceburi. Apa saja bidang kerja kita, memang tak boleh lari dari aspek pengurusan masa. Sehingga ada yang berkata tak cukup masa untuk buat itu dan ini. Apatah lagi bagi kerja yang ada date line.

Menarik sungguh ungkapan Don't let life be meaningless....Betul kan...kalau asyik memberi tumpuan terhadap kerja yang tak akan habis tu kita tak akan rasa hidup ini bermakna...seolah-olah kita dah jadi mesin untuk bekerja saja.

Sememangnya hidup ini perlu bekerja untuk sumber pendapatan. Tapi sejauh mana kita perlu meluangkan masa untuk kerja semata-mata dengan mengorbankan perkara lain? Alangkah indahnya kalau dalam seharian hidup kita ini tidak memikirkan soal kerja semata-mata. Juga sangat bermakna kalau masa lapang atau cuti kita tidak diganggu dengan urusan kerja.

Secara peribadi saya berpendapat orang yang suka memikirkan pasal kerja semata-mata ialah orang yang ingin lari daripada realiti kehidupan sebenar. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam soal pengurusan rumah tangga, anak-anak malahan saudara-mara dan jiran tetangga dengan alasan sibuk dengan urusan kerja sendiri. Mereka ada target dan impian peribadi  untuk dicapai demi kepuasan diri sendiri. 

Sering kita dengar, pekerja terpaksa bekerja lebih masa atau di luar waktu kerja semata-mata untuk menjaga nama baik majikan atau syarikat yang diwakili. Inilah dilema kebanyakan pekerja....Biar apapun cabarannya...pandai-pandailah kita menguruskan masa, kerana hidup ini perlu diteruskan dan dinikmati. Jangan jadi hamba kerja!



2 comments:

  1. Betul ni. Kerja takkan habis. Yang sering membantu adalah keluarga, bukan kerja atau majikan. Selalu memang terkena macam tu. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. love keje tapi jangan love company....setuju sangat....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.