Tempat makan mestilah bersih, kemas dan ceria. Tak kiralah sama ada di rumah, gerai, restoran, kantin mahupun di dewan makan asrama. Gambar kat atas tu adalah dewan makan asrama SMKAM. Amacam? nampak cantik kan....kena pujilah sikit...sekolah sendiri..hehe..
Bagi pelajar yang pernah menghuni mana-mana asrama sekolah, semestinya dewan makan asrama tu macam dapur kedua mereka selepas rumah. Maklumlah masa berada di asrama tu lebih lama berbanding masa tinggal di rumah sepanjang masa persekolahan. 5 kali sehari makan kat dewan ni kan...tentu banyak kenangan tercipta di sini.
Menurut pelajar yang pernah tinggal di asrama, kadang-kadang ada juga menu yang disediakan tu tidak menepati citarasa sendiri. Apa boleh buat...kena telan jugalah kan...takkan nak berlapar pula.Itulah antara cabaran tinggal di asrama sekolah.Bagi pelajar yang jenis tak kisah...apa sahaja menu yang disediakan macam sedap jer...semuanya habis dimakan.Siap minta tambah lagi...eh boleh tambah ker?hehe...
cantiknya dewan makan asrama sekolah ni,sedap mata memandang.sy pernah duduk di asrama sewaktu sekolah menengah dulu,banyak kenangan pahit manis yg masih segar dlm ingatan...
ReplyDeletelamonya xmari sini.. mace2 kenangan nge budak2 asrama.. hahah.. *nangis..
ReplyDeletepernah dok hostel dulu...menunya hampir sama....apa boleh buat...telan jer....
ReplyDelete