Tahniah dan selamat pengantin baru buat Hazman dan pasangannya Fatin Afiqah. Pasangan pengantin baru ini telah selamat diijabqabulkan pada 17 November 2013. Majlis kenduri di Ipoh telah berlangsung pada 28 Disember 2013 manakala majlis kesyukuran di Melor, Kelantan pada 24 Mac 2014.
Bekas pelajar SMKAM ini, yang mengambil jurusan Pendidikan Islam, telah bertemu jodoh dengan isteri yang mengambil jurusan TESL ketika sama-sama menuntut di IPG Persekutuan Pulau Pinang. Semoga Hazman dan isteri berbahagia selalu, dan berjaya mendidik anak bangsa dalam bidang pendidikan.
Sekali lagi tahniah dan selamat berbahagia.
Selamat Pengantin Baru For Hazman dan Fatin
ReplyDelete